Tuesday, October 6, 2009

Si Comel Berbaju Raya Contest

Salam Aidilfitri..

mood utk join cOntest dtg lg !!!

Entry mommy utk han ada di bawah skali..

Plsss scroll down...


Cara Penyertaan
Pertandingan dibahagikan kepada Kategori A (Boys) dan Kategori B (Girls)
Pertandingan dibahagikan kepada dua fasa:


Fasa 1:

23 September 2009 – 15 Oktober 2009 - Semua peserta submit gambar Si Comel Berbaju Raya.


Fasa 2:

16 Oktober 2009 – 31 Oktober 2009 - Top Ten akan dipilih. Pemenang akan dipilih berdasarkan undian.


Syarat Penyertaan
Jadi Follower BabyIbu dan add BabyIbu dalam bloglist anda
Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
Membuat entri mengenai contest ini diblog anda


Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu)


Sila nyatakan nama si comel dan umurnya
Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan semua sponsor (no link back will be disqualified)


Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini.


Klik sini untuk Q &A




HadiahBagi Kategori A:


Hadiah Pertama-Casual Meg daripada Gin & Jacqie-Necklace by S daripada Sherry-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop


Hadiah Kedua-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online



Hadiah Ketiga-Eyeko: Silver shopper (imported from UK) daripada Mia-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online




Bagi Kategori B:

Hadiah Pertama-Colorful Sally daripada Gin & Jacqie-Pretty Birdie Earrings daripada Niko-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop



Hadiah Kedua-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online



Hadiah Ketiga-Eyeko badges and postcard set (imported from UK) daripada Mia-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online





Hadiah Misteri Terdapat hadiah misteri khas untuk referrer terbanyak sepanjang tempoh contest (diadili guna Google Analytics)..more info




ISTIMEWA AIDILFITRI 2009





Nama saya : Muhammad Handhalah Bin Marwan


Mommy panggil saya : Han / sayang


Umur saya : 1 tahun 10 bulan (x lama lg birthday sy yg ke-2)




Mommy kata:


" Saya anak yg baik. X cerewet. Apa saya mommy pakaikan, saya mesti pakai. Mommy pilih baju yg cantik2 utk saya. Pagi raya kami pakai baju sama warna. Mommy yang pilih. Mommy kata saya comel sbb pakai songkok & sampin. Warna sampin & songkok babah yg pilih. Bile saya pakai mcm nih, semua girls/auntie/grandma akan pandang/cubit/kiss and bg duit raya kat saya. Saya suka, hehehe..."




dan




"saya akan lg happy kalau autie "babyibu" bg saya menang. Yeayyyy !!"

Ok. Itu sahaja.

Sekian.

TERIMA KASIH





Monday, October 5, 2009

Is it?

November is coming..
IS IT?
Time run so fast, i"m still standing here doing nothing..
Hurm... counting the day and waiting what will happen...

Wednesday, September 30, 2009

MONOGRAM CHERRY BLOSSOM

SEMANGAT BARU TELAH DI SUNTIK !!!


mood raya masih membara2 nih.. sbb tu rajin mengupdate blog sbb mood keje x jumpa2 lg.. hahaha.. tah mane la terselit gaknye..


Well, merujuk kepada tajuk di atas;
I ada benda baru nak share.. excited & happy sgt..

@#

#@

@#

#@

@#

Ofcz!! Its Louis Vuitton .. ehhehe..

This beautifull thing ada dlm almari i since july 2009. Tp mmg sengaja i simpan utk melaram time raya ni..


CAK !!
seksikan warna dia..?? huhu


At first masa baru2 dpt, i mcm x excited sgt sbb warna dia amatlah menjerit.
Tp cm biase la i kan, belek2 smapi nak naik lunyai BOX dia yg meletop tu, baru puas hati.. and mula la dok posing tayang2 kat hubby chubby..
Dia pon cm biase, akan puji dan nmpak sgt x ikhlas.. huhu.. bukan ape, wife dia nih xpenah puas dgn bag.. tp x de smpai bagaholic !!


Well, mari lihat lg gambar2 seksi dr Japan nih..


Owh ya, FYI :-

"The Monogram Cherry Blossom offers a very original version of the Monogram canvas with a printing of Cherry Blossoom, symbol of the upcoming spring in Japan..."


Close UP


TADAAAAAA !!!

Sorry, im not a pro photo-g.

So ade la masalah lightning.. sbb tu warna dia agak malap A.K.A pudar..



Emm, cantik kan?? **wink**wink**

Hati amat berbunga2.. until now i masih peluk cium si seksi cherry nih.. cantik sgt and rasa syg nak dedahkan pada cahaya matahari..

Kalau pi market or mall, buka wallet nih rendah2 jer agar x terdedah pada cahaya2 yg amatlah terang benderang.. almaklum benda baru u.. jaga giler la..



So, jom zoom in pulak...



Huh!
amat puas hati.. mcm2 i boleh isi. Jgn kata mesra kad jer, sume kat petrol pump pon boleh muat.. hehehe... tp i limited kan, sbb xnak la nanti my sexy cherry nmpak kembung.. hilang sexy nanti.. biar nmpak cm tuan dia.. ehem2.. hehehe..



Last but not least...

Full view of my Ms Sexy ever... (ever ker? sure pas nih ade yg lg sexy.. huhu)

take a look girls...

If this collection become ur entry at ur blog, YES, im CEMBURU 100%.... But, ITS BELONG TO ME.... hehehe

Tuesday, September 29, 2009

AIDILFITRI 2009

Salam..
Alhamdullilah, dpt juga i sambut lg ramadhan & aidilfitri tahun nih.. ofcz raya bertiga lebih bermakna.. dan paling best tahun nih han dah petah bercakap & bergaya... i pon dah senang nak bergerak sbb han lebih berdikari.. tahun depan x sure lg.. doakan biar lebih meriah dan lebih bermakna...

Tahun nih turn beraya di rumah mertua ku. so ptg raya kami 3 beranak pon balik la ke rembau.. 40 minit jer dr melaka.. dokek bonar..

Raya pertama di rembau, petang raya pertama dah balik melaka.. begitu la seterusnya.. kalu 1st pg raya di melaka, ptg sure dah balik rembau.. adil dan saksama.. xde gadoh2 ok... mmg i ngan hubby chubby dah rancang dr lepas kawin dulu.. mudah mcm nih.. and so far alhamdullilah fmly i & mertua faham & diorg pon x bantah..



"AIDILFITRI 2009"


Songkok maintain atas kepala..

So raya kedua i pusing separuh habis keluarga2 di melaka. Ye la, kalu nak pusing abis, pengsan... amik yg penting2 je dulu.. yg lain repeat kemudian.. raya kan sebulan..ehehehhe.. malam raya ke dua balik rembau balik...


raya ke tiga, pi jelebu lak.. pegi beraya rumah keluarga angkat hubby chubby ku.. seronok kat sana... mmg kampung abis.. rumah atas bukit.. ada dusun, ada sungai, rumah tinggi... peghh... mmg best.. i suka pi sana.. next musim buah dah compom bermalam kat sana.. cari hantu durian.. ehehe...
malam raya ke tiga balik melaka balik... ponek !

raya ke empat masa utk stay di rumah.. penat2 hias rumah mcm nak giler, now tiba masa terima tetamu lak.. menu hari nih, bihun goreng & spiralli goreng.. ade gak tapai yg i rompak dr umah mertua & dodol yg sememangnya i standbykan dr sebelum raya.. Sapa dtg eh? well2, kawan i dr perlis.. jauh tau.. Mr Shardi Elvisly Othman.. dasyatkan nama dia.. shardi ada2 org anak.. so mmg happening.. i lama gak x jumpa dia & wife dia.. yg best nye, bile masakan anda di jamu dengan seleranya oleh tetamu yg hadir... wahhh, bangga.. ehehe..

raya ke 5, 6 , 7 dan 8.. aktiviti full.. ke johor, balik kg sungai buloh, balik rembau lg, pastu ke Jelai dan last sekali... tiga2 beranak terbanting kepenatan kat umah... 4 hari beturut2 balik rumah kul 2 pg.. mau x bengkak mata... raya nye pasal, layann kan je la.. setahun sekali kan...

Raya ke2, han still maintain dgn songkok nya.. BRAVO!

Tggu babah balik solat raya, terus dpt upah..

Han menangis sbb mommy x nak snap gmbar dia.. aishh, mcm2..



Even x berbaju melayu, han still nak pakai songkok.. semnagat tul anak mommy nih..

Friday, September 18, 2009

BELUM RAYA LAGI

Salam..

ehehe, hari nih gatal2 je nak update blog lagi...
(tah ade yg nak bace ke x?? huhu)

Well nak cerita apa yg biasenya berlaku pada i & fmly sebelum Aidilfitri menjelma..

"Selagi x raya, selagi tu x berhenti shopping..!! "

x yah nak discribe bnyk2.. ayat di atas sudah penuh dgn makna yg amat membuatkan hati hubby chubby ku Sakit hati.. ahahahha...

ala, biase la perempuan.. menghias mcm esok dah xde lg.. ade je yg nak di tambah.. betulkan?? hehe.. dan kebanyakannye benda yg remeh temeh... itu la I.. mana hubby x pening..
So, ptg smalam b4 berbuka sempat la merayau kat Tesco jap.. tambah brg dapur apa yg patut... i beli skit pasta & bihun.. kalu member dtg, goreng jer.. senang... xkan nak hidang kuih semata kan? so i beli la benda yg senang nak di masak & hidang supaya x penat i nanti..

Kalu siapa dtg umah i nak mkn ketupat etc, mari la berangkat ke rumah mama ku ok.. rumah i sume tu xde.. chef x khatam menuntut lg masak rendang.. ahahahha...


Keselesaan han harus di jaga, so babah apitkan bantal2 empuk di sekeliling han.. huhu... mmg x berganjak2 dia.. upah yogurt drink sebotol, senyap x bunyi2.. so ini tips bg anak2 yg suka test power berlari sana-sini dlm mall.. ahahah..


Emm, i x berapa nak update gmbar brg2 raya yg i shopping sbb... MALAS... ahahha... nanti gmbar raya la i update ye..
CUMA...
i x tau kenapa BONIA lg.. emm, layan kan jer la.. i pon pelik kenapa BONIA jd pilihan tahun nih... padahal sebelom2 nih x penah try pon... tebiat gak nye.. (x pon umur dah meningkat..huhu)


"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"
"MAAF ZAHIR DAN BATIN"
Jemput dtg umah k..
P/s- esok i dah start cuti sampai 27 Sept.. 28 Sept masuk keje balik..
Tahun nih pagi raya di REMBAU..

Thursday, September 17, 2009

HARI RAYA

AIDILFIRTI 2009




Ingat x LV i yg cedera parah tu? Well dah ade pengganti tp.... boleh la...
Layannn kan jer..


Mula2 beli rasa cm ok.. 2 kali tgk cm design org tua.. 3 kali tgk, rindunya LV ku... empat kali tgk, rasa nak pulang balik... kali ke 5 tengok, kena terima hakikat jugak... kali ke 6,7,8,9 dan 10... cantik jugak.. boleh la bergraviti skit..

Antara ciri2 handbag kesukaan ku :

- besar agar dpt menampung segala khazanah keperluan wanita &
barang2 instant han termasuk pull-ups pant dia.. huhu...
- bertapak lebar agar mudah di bentuk.
- Ada brand key-chain.
- Zipped or button for safety reason.
- Design ala2 mak daten..ahahaha.. layan kan aje...

dan yg paling PENTING...

- Hubby ku yg chubby suka and dia akan puji / kutuk " emm cantikkk beg nih sayang.. beli la lg.. buat stok.. almari belum penuh lg tuh..."
(adakah anda menganggap ia sindiran?? layan kan jer.. janji dia kata cantik.. ahahhaha)

Jom tgk apa yg i pilih..
$
$
$
$
$
(mata duitan betul!! )


BOLEH LA.....

Wednesday, September 2, 2009

RAMADHAN 2009 HARI KE - 12

Tajuk biase jer.. TP !!!
ada yg menarik malam td berlaku pada i & han..
Teka teki teka tekuk.... Cepat teka, teka....
......lalalallallalalallala.........
HUBBY ku dah pulang.... yeeeeyyy...
Selama 14 hari hubby terchenta outstation, akhirnya mlm td dia pulangg.. tp kesian kat sayang i... kenapa EK??
Dia naik flight Egypt air.. Start dr Jeddah ----- transit kat cairo over 8 hour ---- x kuar airport --- sahur dlm airport, sorang------ naik flight lg 8 jam -----transit lak kat mumbai 2 jam---- kematu punggung dia---- 1021 pm baru dia landed kat KLIA...
Walaupun journey dia agak mencabar and sayang i sorang2 lak tuh.. ade hikmah & nikmat yg dia dapat... Teka LG???
dia puase sekejap je... waaa... best giler.. sbb di bergerak melawan masa.. so siang yg dia lalui amatlah singkat.. itu la nikmat & hikmah nye..
I, anak bujang i, my mom & dad & grandma sambut sayang i kat KLIA.. cm biase, excited tggu kat arrival hall.. bila nmpak je kelibat wan, mcm org hilang akal i.. ahahha.. rindu seyhhh.. TP !!
Yg kena peluk cium ialah ----- HAN & MY GRANDMA... i??? sayang i pemalu la.. dia x reti nak show off depan org.. tp masa kat car park, dapat gak kiss sorok2, manja2 gituw dr hubby.. eheheh.. gedix jer...
Han cm biase la.. mula2 cm malu2 nmpak babah dia yg chubby tu... lepas je 5 minit dah ajak main.. dia pon dah lali sbb babah mmg kerap outstation lama2.. tdo atas pangku babah lg.. mmg dia rindu babah cuma budak2 x pandai nak luahkan.. dia express emotion jer... emmm, buah hati ku dah besar dah...
X pic yg i dpt snap sbb dah mlm + ngantoookkk... dlm keta i berbual jer ngan sayang chubby i tuh.. rindu seyhhh.. eheheh... x puas lg, sembang lg smapi subuh... caya x?
kami mmg begitu, ade je benda nak berbual.. dr hal ofc ke personal.. ade gak selit2 budget raya.. ehehhe.. time nih la nak pow lebih kat hubby.. ekekekke...
Last2, ngantuk nye pasal i masuk keje jam 11.58am.. Merah mak ngah punch kad i.. ahahhaha...
Yg penting now.... i bahagia... org tersayang dah balik ke pangkuan.. (ayat karat x ingat!)
Dah..dah... siapkan keje lak...
bye...
(x sabar nak berbuka ngan hubby... yg pertama utk ramadhan 2009)